KEPADA PELAWAT BLOG YANG INGIN BERAMAL DENGAN RAHSIA, PETUA DAN KELEBIHAN AYAT AL-QURAN DIDALAM BLOG INI, DIPERSILAKAN BERAMAL DENGAN SEIKHLASNYA KERANA ALLAH TAALA

Wednesday, March 2, 2011

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini...
Pertamanya, Terima Kasih diucapkan kepada semua pengunjung blog ini kerana berkesudian melawati laman blog saya yang tidak seberapa dan seindahnya ini. Seribu kemaafan dipohon seandainya terdapat kesilapan yang tidak disengajakan mahupun saya tidak sedari disini. Saya hanyalah salah seorang insan biasa yang sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan selama-lamanya. Insya Allah, bersama-samalah kita mencari keredhaan di alam ciptaan-NYA yang Maha Kaya dan luas ini. 
Tujuan blog ini diwujudkan hanyalah untuk berkongsi sedikit rahsia, petua dan ilmu yang saya ketahui sahaja. Untuk pengetahuan semua, apa yang saya ada dan tahu hanyalah sedikit dan cetek diantara berjuta-juta orang bijak pandai. Pelbagai rahsia, petua dan kelebihan ayat Al-Quran akan dikongsikan demi pengetahuan dan amalan kita bersama. Isi blog mengandungi rahsia, petua-petua dan kelebihan serta hikmah ayat suci Al-Quran yang berkaitan didalam kehidupan kita seharian. Oleh itu, marilah bersama-sama kita memperolehi manfaat serta keredhoan NYA nanti, insya Allah.

 

 PETUA UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Anak merupakan anugerah Allah Taala Yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana kepada hamba-hambaNYA sebagai penyambung keturunan dan warisan yang sentiasa berkekalan sehingga ke hari kiamat nanti. Maka bersyukur dan beruntunglah kepada ibubapa yang telah diberikan anugerah-NYA itu. 
Namun demikian, terdapat juga pasangan yang sekian lama telah mendirikan rumahtangga tetapi tidak lagi dianugerahi atau dikurniakan dengan kebahagiaan tersebut. Ini semua terjadi dengan kehendak-NYA Yang Maha Mengetahui segala sesuatu, tetapi dengan adanya sebab-sebab yang tertentu.
Sebagai pasangan yang memerlukan dan mendapat keturunannya sendiri, mereka janganlah mudah berputus asa mahupun menyerah kalah tanpa berjuang dahulu. Teruslah berikhtiar dengan memohon pertolongan daripada Allah Taala Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta Maha Penyayang kepada hamba-hambaNYA.
Dibawah ini ada beberapa petua memohon zuriat kepada Allah Taala. Syaratnya ikhlas serta yakin akan kekuasaan dan kebesaran-NYA. Insya Allah, akan dimakbulkan doa kita....

Cara Pertama ;
- Berpuasa penuh selama seminggu berturut-turut
- Sebelum berbuka, hendaklah membaca ayat ini :

بسم الله الرحمن الرحيم  ويا بارئ الأنفاس قد بت مبرء بك السقم غنني يا مصور زولا

 أن شاء الله

" Bismillahirrahmanirrahiim, wayaa baari'al an'faasi khod bit'ta mub'ri'umm bika'ssakhmu ghon'ninii yaa musyo'wiru za'wwilaa insya Allah ".

- Dibaca sebanyak 21 kali setiap hari.


Cara Kedua ;
- Menulis ayat dibawah ini di atas pinggan putih
- Disiram atau dihapuskan dengan air zam-zam atau air hujan yang turun malam Jumaat
- Diminum selama 40 hari berturut-turut

Inilah ayatnya ;

يأيها الناس اتقوا ربكم الذى خلقكم من نفس وحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونسآء* واتقوا الله الذى تسآءلون
به* والأرحام؛ أن الله كان عليكم رقيبا


" Yaa a'iyuhan'naasut takuu' robbakumul lazhi kholakhokum' minnafsim' waahidatan' wakholakho min'haa zaujahaa waba'sha minhumaa rijaalan' kashiron' wanisaa'aa, wattakullohal llazhi tasaa'aluuna bihi, wal'arhaam, innalloha kaana alaikum rokhibaa ".


Cara ketiga pula ;
- Rajin-rajinlah berdoa kepada Allah Taala, sepertimana salah satu doa yang terkandung didalam kitab suci al-Quran untuk memohon zuriat daripada-NYA

رب لا تذرنى فردا وأنت خير الورثين

"Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang
diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua
sebaik-baik Yang mewarisi". (Rujuk surah Al-Anbiyaa' ; 89)



PETUA KESUBURAN KEPADA WANITA


öqs9ur ¨br& $ZR#uäöè% ôNuŽÉiß ÏmÎ/ ãA$t6Éfø9$# ÷rr& ôMyèÏeÜè% ÏmÎ/ ÞÚöF{$# ÷rr& tLÍj>ä. ÏmÎ/ 4tAöqyJø9$# 3 @t/ °! ãøBF{$# $·èŠÏHsd 3 öNn=sùr& ħt«÷ƒ($tƒ šúïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä br& öq©9 âä!$t±o ª!$# yygs9 }¨$¨Z9$# $YèŠÏHsd 3 Ÿwur ãA#ttƒ tûïÏ%©!$# (#rãxÿx. Nåkâ:ÅÁè? $yJÎ/ (#qãèoY|¹ îptãÍ$s% ÷rr& @çtrB $Y7ƒÌs% `ÏiB öNÏdÍ#yŠ 4Ó®Lym uÎAù'tƒ ßôãur «!$# 4 ¨bÎ) ©!$# Ÿw ß#Î=øƒä yŠ$yèÎRùQ$# ÇÌÊÈ  
31. dan kalaulah ada mana-mana Kitab suci Yang Dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau Dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau Dengan sebabnya orang-orang Yang telah mati dapat menjawab kata-kata Yang dihadapkan kepadaNya, maka Al-Quran ialah Kitab suci Yang mengandungi mukjizat. (tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan Segala urusan tertentu bagi Allah. maka tidakkah orang-orang Yang beriman mengetahui Bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). dan orang-orang Yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat Yang berhampiran Dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Caranya adalah dengan menulis ayat-ayat di atas menggunakan safron pada kulit kambing jantan, kemudian dipakaikan di leher wanita yang tidak dapat melahirkan anak